Saturday 26 December 2015

Cara Memakai Lounge Suit (Lelaki)

Imej seseorang biasanya dinilai dari segi cara seseorang itu berpakaian. Ianya juga memcerminkan keperibadian seseorang individu. Di negara kita pakaian Lounge Suit adalah pakaian rasmi untuk menghadiri majlis rasmi berbentuk formal.  Warna Lounge Suit yang biasanya digunakan adalah yang berwarna gelap. Blazer dan seluar mestilah dari material dan warna yang sama. Antara warna-warna yang sesuai dan sering menjadi pilihan untuk majlis-majlis rasmi adalah seperti:
  • hitam
  • biru tua (blue black)
  • hitam berjalur halus
  • biru tua (blue black) berjalur halus
Loung Suit yang bukan dari warna seperti di atas tidak begitu sesuai dipakai untuk majlis-majlis rasmi tetapi ianya boleh dipakai untuk majlis-majlis tidak rasmi. 


Terdapat dua jenis collar Lounge Suit yang biasa digunakan. Pemilihan jenis collar ini bergantung kepada pemakainya kerana ianya akan berkait rapat dengan jenis dan kelebaran tali leher yang akan digunakan. 
  • sword collar
  • flat collar

Jenis potongan Lounge Suit juga adalah sangat penting. Pemilihan potongan Lounge Suit ini adalah mengikut jenis dan bentuk badan pemakainnya. Jenis Lounge Suit  yang digunakan juga mestilah bersesuaian dengan majlis yang dihadiri. Antara jenis-jenis dan potongan Lounge Suit  yang berada dipasaran adalah seperti berikut: 
  • Stright cutting
  • Slim cutting
  • Side split end
  • Intermediate split
  • H cutting
  • Single/two/three button
  • Double/single breasted

Jenis kemeja yang digunakan didalam pemakaian Lounge Suit ini perlulah dari warna yang cerah dan berlengan panjang. Jenis Collar yang digunakan mestilah yang bersesuaian dengan jenis Lounge Suit dan tali leher yang akan dipakai. Tali leher yang dipakai juga mestilah bersesuaian dengan collar Lounge Suit dan mestilah berwarna gelap.

Etika memakai Lounge Suit ini juga mencerminkan keperibadian pemakainya. Semasa berdiri butang Lounge Suit mestilah kancingkan dan semasa duduk lepaskan semua butang.

Kasut & tali pinggang yang dipakai mestilah dari material dan warna yang sama. Warna hitam adalah digalakkan. Manakala stokin yang dipakai adalah sama warna dengan seluar.